CAT info

“Sejarah Kucing"

Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.

Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Banyak mitos yang bertebaran disetiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yan terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja karena dianggap sebagai titisan dewa. Lain di Mesir lain pula di Eropa, di dataran ini kucing dianggap sebagai sihir setan atau pembawa bencana.

Pada masa abad kegelapan terjadi pemusnahan besar-besaran terhadap haiwan lucu ini, hingga menyebar ke Afrika Utara. Padahal, wabah yang oleh masyarakat saat itu dianggap sebagai kutukan adalah jenis penyakit pes yang diakibatkan oleh meledaknya populasi tikus dan penurunan populasi kucing sebagai Pemangsa.”



Antara breed kucing yang popular di negara kita adalah kucing Parsi atau Persian. Kucing Parsi merupakan peliharaan yang sangat istimewa. Bahagian mukanya ke dalam membuatkannya kelihatan sangat comel, dilengkapi dengan bulu panjang yang lembut beralun. Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah juga kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya.

Menjaga Bulu Kucing Parsi

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.

Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang
Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.

Memandikan Kucing Parsi

Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.

Kebersihan Muka dan Telinga

Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.

Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.

Kucing Parsi Sesuai Sebagai Kucing Indoor

Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing indoor. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah. Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.

Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai indoor, anda perlu memastikan kucing Parsi anda mempunyai banyak permainan, masa yang anda luangkan bersamanya, teman kucing yang lain dan tempat untuknya mencakar. Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing indoor yang gembira.

Anda juga mungkin perlu menyediakan tempatnya untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.

Berikan Kasih Sayang

Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah di beri kasih sayang dan perhatian yang cukup. Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda.















Rabu, 4 Julai 2012

HUKUM mmandulkn kucing dlm ISLAM


Apa hukum memandulkan kucing?
Islam adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan / neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.
Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama.
Sudah tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.

Khilaf di kalangan Ulama

Pertamanya, terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas sebab-sebab tertentu).
Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.
Pernyataan di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com, pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam pelbagai mazhab.
Therefore, we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
Dipetik dari IslamOnline.com

Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com

Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?

Memanglah, kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya, dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat yang mengatakan ianya adalah haram.
Tetapi haram di sini bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.
Jika anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu (kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.
Cumanya, dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.
Saya harap anda telah jelas dengan masalah ini. Kesimpulannya adalah, hukum mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu tidak membahayakan nyawa kucing itu

 UTK KUCING JANTAN


Cara terbaik untuk mengawal jumlah pembiakan kucing adalah dengan mengkasikan kucing jantan anda. Tetapi ianya hanya efektif jika kucing betina juga dimandulkan kerana jika tidak, akan ada kucing jantan lain menaikinya.
Telah dibincangkan sebelum ini hukum memandulkan kucing dan adakah benar ianya zalim atau menindas. Hampir tidak ada sebab mengapa kita tidak melakukannya, melainkan jika anda seorang breeder.

Apa itu Neuter?

Neuter atau Orchidectomy adalah pembedahan dimana kedua-dua testikel akan di buang. Pembedahan ini tidak begitu sukar dan lukanya tidak dalam, malah kucing boleh balik ke rumah pada hari yang sama.
Dengan membuang testikel, hormon testosteron tidak akan dihasilkan oleh badan kucing. Testosteron ini lah yang memberi sifat & kelakuan berikut:

  • Bau tengik dan hancing pada air kencing kucing jantan.
  • Kerangka muka yang menonjol dan lebar.
  • Kulit yang lebih tebal.
  • Aktif mempertahankan sempadan kawasan.
  • Menanda kawasan dengan kencing/spraying merata-rata.
  • Bersikap agresif, cenderung untuk bergaduh dengan kucing lain.
  • Cenderung untuk merayau jauh dari rumah.
Ramai yang merungut dengan situasi kucing jantannya kencing di sana-sini. Jawapannya adalah neuter menyelesaikan masalah ini 80-90%. Kelakuan spraying adalah sifat menanda kawasan, selagi kucing tidak dineuter, selagi itulah dia akan spray.
Masalah-masalah yang disenaraikan, termasuk beberapa lagi akan selesai atau berkurang secara mendadak jika kita melakukan neuter. Ia turut menghalang penyakit kanser testikel dan risiko menghadapi masalah prostat juga akan berkurang.

Adakah Neuter Akan Mengubah Personaliti Kucing?

Tidak, melainkan mengurangkan kecenderungannya untuk merayau jauh, seksual, perilaku agresif dan sempadan kawasan melalui kencing. Kucing akan menjadi lebih dekat dengan tuannya dan suka ditemani manusia, kurang merayau jauh atau terlibat dalam pergaduhan.
Neuter tidak akan mengubah sifat memburu kucing anda. Manfaat dari neuter tidak lah dapat dilihat serta-merta, jika anak kucing yang belum matang di neuter mungkin anda melihat tidak ada apa-apa perubahan.Tetapi ini dapat menghalang masalah perilaku dan bau yang kurang menyenangkan di masa hadapan.
Jika kucing anda telah baligh dan anda neuter kannya, ubahan perilaku dan bau dapat dilihat dalam beberapa minggu disebabkan tahap testosterone masih ada, dan berkurang sedikit demi sedikit.

Bila Perlu Di Neuter

Secara amnya, pada umur 6 bulan, sebelum kucing mencapai kematangan seksual. Pada peringkat ini, kucing telah matang dari segi fizikalnya, iaitu tumbesaran dan struktur tulangnya telah lengkap.
Tetapi ada juga yang melakukannya seawal umur 8 minggu dan ini masih lagi selamat dan tidak memberi kesan pada jangka masa panjang. Kebanyakan klinik akan merawat kucing sebagai pesakit luar, iaitu kita bawa kucing pada pagi, dibedah dan pulang pada hari yang sama. 

Apa Yang Perlu Di buat Sebelum & Selepas Neuter?

Setelah temujanji telah dibuat, kucing perlu di puasa kan terlebih dahulu lebih kurang 8-10 jam sebelum di bedah. Biasanya pembedahan dilakukan pada waktu pagi, bermakna kucing tidak boleh diberi makan selepas pukul 9-10 malam (hari sebelumnya).
Pembedahan ini dilakukan dengan pelali anesthesia, dan perut yang berisi makanan boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas semasa dibius. Prosedurnya ringkas sahaja, sekitar 10 – 15 minit dan mungkin tidak melibatkan jahitan.
Penjagaan selepas pembedahan juga ringkas, hanya pastikan luka itu tidak bernanah,berikan ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh vet dan seelok-eloknya dikurung sehingga sembuh lukanya. Jika tidak dikurung pun tak mengapa, namun biasanya kucing cenderung untuk mengheret 'telurnya' itu ke karpet atau kain kerana tidak selesa dengan luka tersebut. Dan ini akan meninggalkan kesan darah pula pada kawasan rumah.
Lawatan ke klinik selepas pembedahan juga tidak perlu, dalam kebanyakan kes. Tapi pastikan anda menerima ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi dari klinik. Pastikan juga anda mendapat penerangan dari doktor tentang apa-apa penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan sebelum dan selepas pembedahan.
Disebabkan proses neuter ini melibatkan testikelnya dibuang, dan lukanya dibiarkan terbuka, maka kita perlulah memantau keadaan luka tersebut setiap hari. Jika luka itu kelihatan keluar darah, membengkak atau bernanah, kucing itu perlu di bawa semula ke vet seberapa segera.
Cuba cegah kucing anda dari menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila dijilat, luka itu akan kembali terbuka). Cara paling mudah ialah alihkan tumpuannya dengan memberikan makanan snek.
Dan jangan lupa ambil nombor telefon vet anda, sebagai langkah berjaga-jaga dalam tajuk di bawah ini.

Kesan Sampingan Anesthesia

Walaupun pembedahan neuter hanya 10 minit, tetapi kucing hanya sedar dari kesan pelali anesthesia selepas 4-5 jam (atau mungkin lebih). Biasanya doktor akan minta supaya kita tunggu sehingga kucing sedar dahulu sebelum di bawa pulang, kerana itulah prosedur ini kelihatan seperti mengambil masa lama.
Kesan anesthesia ini biasanya akan hilang sepenuhnya selepas 24 jam. Dan dalam masa itu, kita akan melihat kucing itu seperti keliru, mabuk, tidak seperti yang kita kenali atau kadangkala muntah dan mengalami cirit-birit.
Sesetengahnya juga seakan hilang daya penglihatan dan sukar berjalan, ada juga yang tidak mengelipkan mata (titiskan ubat mata kedalamnya jika ini berlaku, minta dari vet).
Kesemua ini bergantung kepada jenis pelali yang diberikan atau umur kucing itu sendiri dan ia hanya kesan sementara sahaja dan tidak ada apa yang perlu dibimbangi.
Walaupun kucing berada dalam keadaan sebegitu, pastikan ianya tidak dalam kesakitan. Misalnya kelihatan begitu bersusah payah untuk duduk, atau berdiri, meraung panjang, atau meraung dengan suara kecil tapi panjang, berulang-ulang, atau lain-lain tanda (anda lebih mengenalinya).
Dia mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan keliru, tapi bukan menderita atau menahan sakit, jika ya, bawakan semula ke vet untuk diperiksa.
Ini semua mungkin kelihatan menakutkan, tetapi kebiasaannya ok-ok sahaja dan segalanya berjalan lancar.

Berapa Lama Kucing di Neuter Akan Sembuh?

Ada yang hanya mengambil masa 1 hari sahaja, ada yang 2-3 hari, paling lama pun 10 hari (jarang-jarang). Dalam masa sebulan, bulu di sekitar luka itu akan tumbuh semula dan kita tidak akan perasan pun kucing itu telah menjalani pembedahan.

Apa Lagi Yang Saya Perlu Tahu?

Kucing boleh makan/minum seperti biasa selepas 1 hari. Jika dia kurang selera makan, mungkin ianya adalah kesan anesthesia sebelum itu dan tidak perlu dibimbangkan. Dapatkan nasihat doktor tentang pemakanannya selepas pembedahan.
Saya syorkan agar kucing tidak dimandikan selama 2 minggu selepas pembedahan, walaupun lukanya sudah sembuh tapi risau kalau-kalau terkasar, lukanya akan terbuka kembali. Elakkan dari kucing terlalu aktif dalam tempoh 2 minggu ini, kurang kan bermain, melompat dan sebagainya.
Perhatikan juga isian kotak najis, jika ia jenis berdebu mungkin boleh tukar kepada kertas untuk sementara, kerana debunya boleh menyebabkan jangkitan pada luka.  
 
UTK KUCING BETINA
 

Sepertimana kucing jantan, kucing betina juga seeloknya di mandulkan atau spay. Penjagaan kucing sebelum dan selepas pembedahan adalah hampir sama seperti kucing jantan yang di neuter, jadi kebanyakan kandungan kiriman ini saya hanya salin sahaja dari kiriman sebelumnya.

Apa itu Spay?

Spaying atau Ovariohysterectomy adalah pembedahan dimana bahagian uterus, tiub fallopio dan ovari kucing betina akan dibuang. Kebanyakan vet melakukan spaying ke atas kucing sebagai pesakit luar, iaitu kita bawa kucing, di bedah dan pulang pada hari yang sama.
Kucing akan diletakkan dalam keadaan bius, biasanya secara gas, dan bahagian perut (abdomen) akan dibedah. Bahagian rahimnya akan dibuang dan luka pembedahan akan dijahit.
Jahitan itu samada tertanggal sendiri atau anda perlu membawa kucing anda kembali ke klinik untuk dibuang jahitan selepas lebih kurang 10 hari, bergantung kepada pertimbangan doktor itu sendiri.

Apa Kelebihan Spay?

Spaying akan menghalang kucing betina mengalami kitar heat dan menyelesaikan masalah kerumitan pada bahagian ovari, pembiakan tidak terkawal, jangkitan uterus, dan masalah perilaku yang berlaku semasa tempoh mengawan.
Ini juga dapat mengurangkan tekanan yang dialami kucing betina (dan juga anda!) terhadap kerumitan yang dilalui semasa heat. Selain dari masalah perilaku yang berlaku, kucing betina yang 'ghairah' juga mungkin akan menjilat bulunya secara keterlaluan, hilang selera makan dan kencing di luar kotak najis.
Kucing adalah haiwan yang 'cepat beranak' dan spaying menghalang dari berlakunya pembiakan tak terkawal. Seekor kucing melahirkan 3-4 ekor anak, dan dalam beberapa bulan dia akan mengandung lagi, dan melahirkan beberapa ekor anak lagi.
Dalam masa yang sama anak-anaknya akan dewasa, dan yang betina akan baligh dan melahirkan anak mereka pula. Adakah kita mampu untuk menjaganya? Makanan, tempat tinggal, ubatan dan tidak lupa juga hubungan di antara jiran-jiran (kencing pada tayar kereta jiran, berak pada tangga rumah jiran)?
Janganlah terlalu mudah mengatakan ini semua adalah menzalimi kucing.
Dari segi kesihatan, spaying dapat mengurangkan risiko kanser payudara, jangkitan uterus dan penyakit berjangkit yang dipindahkan melalui hubungan seksual.
Spaying, sepertimana neuter, akan menjadikan kucing lebih tenang dan tidak merayau jauh, kurang agresif dan tidak begitu mempertahankan kawasannya. Kucing yang di spay akan menjadi teman yang baik kerana lebih suka mendampingi tuannya.

Adakah Spay Akan Mengubah Personaliti Kucing?

Tidak, malah menjadikannya lebih tenang dan tidak terganggu serta menganggu anda setiap kali melalui tempoh mengawan beberapa kali setahun.
Anda tidak akan mengalami masalah kucing betina memancutkan kencingnya merata-rata (ya, kucing betina juga spray semasa dalam heat), dan lain-lain perilaku yang muncul semasa tempoh mengawan.
Spaying juga tidak akan menghapuskan naluri memburunya, dan tidak akan menjadikannya gemuk atau malas. Ini hanyalah mitos sahaja. Memang benar metabolisme kucing akan menurun jika di spay, tetapi ramai yang terlepas pandang bahawa semasa kucing matang, pengambilan makanan perlu dikurangkan tidak seperti semasa dia masih kecil.
Spaying tidak boleh disalahkan dalam hal kegemukan oleh kerana kita memberinya makan lebih dari keperluan kucing itu sendiri. Berkenaan dengan malas, tidak ada kena-mengena dengan spaying.
Malas, boleh jadi kerana kurang senaman, iaitu masa bermain dimana masih ramai pemilik kucing yang mengabaikan masa bermain ini. Akhirnya menyebabkan kucing menjadi bosan.

Bila Perlu Spay?

Sebaik-baiknya, kita melakukan spay ini sebelum kucing mengalami kitar heat nya yang pertama (lebih kurang umur 6 bulan). Tidak ada manfaat membiarkan kucing betina mengalami kitar heat pertama , apatah lagi jika membiarkan dia mengandung untuk pertama kali sebelum spay.
Malah risiko kanser payudara juga akan meningkat jika kita membiarkannya melalui beberapa kitar heat sebelum dilakukan spay. Tetapi banyak manfaatnya jika kita memandulkannya sebelum kucing mengalami heat.
Selain itu, jika dilakukan sebelum matang, operasi pembedahan juga menjadi lebih mudah dan kurang rumit. 

Apa Yang Perlu Buat Sebelum dan Selepas Spay?

Sama juga seperti neuter, puasakan kucing anda lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan kerana perut yang berisi makanan mengundang masalah semasa pembedahan.
Jika semuanya OK, tidak ada masalah melakukan pembedahan semasa di bius. Jika ada, biasanya disebabkan oleh masalah kesihatan sedia ada atau teknik pembedahan yang tidak memuaskan. Ini adalah faktor yang perlu difikirkan jika anda sedang memilih klinik mana mahu dipilih.
Proses pembedahan biasanya mengambil masa antara 20-30 minit dan boleh di bawa pulang pada sebelah petang. Lawatan ke klinik selepas pembedahan biasanya hanya untuk mengeluarkan benang jahitan.
Luka dari pembedahan spay adalah lebih dalam berbanding neuter, maka kaedah penjagaannya juga memerlukan lebih perhatian. Berbeza dengan kucing jantan, adalah amat penting untuk kita mengurung kucing betina dalam tempoh ini.
Alaskan sangkarnya dengan kain lembut atau sekurang-kurangnya suratkhabar. Pastikan keadaan sangkarnya sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan pada luka. Letakkan sangkar ini pada lokasi yang tidak bising, redup atau gelap. Jauhkan dari kanak-kanak dan bunyi bising.
Periksa jahitan lukanya sekali sehari dan pastikan ianya tidak bernanah, membengkak, darah mengalir atau mengeluarkan bau busuk. Jika ya, bawanya ke vet secepat mungkin. Pastikan anda menerima ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi dari klinik.
Pastikan juga anda mendapat penerangan dari doktor tentang apa-apa penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan sebelum dan selepas pembedahan.
Cuba cegah kucing anda dari menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila dijilat, luka itu akan kembali terbuka). Cara paling mudah ialah alihkan tumpuannya dengan memberikan makanan snek.
Dan jangan lupa ambil nombor telefon vet anda, sebagai langkah berjaga-jaga dalam tajuk di bawah ini.

Kesan Sampingan Anesthesia

Walaupun pembedahan spay hanya 30 minit, tetapi kucing hanya sedar dari kesan pelali anesthesia selepas 4-5 jam (atau mungkin lebih). Biasanya doktor akan minta supaya kita tunggu sehingga kucing sedar dahulu sebelum di bawa pulang, kerana itulah prosedur ini kelihatan seperti mengambil masa lama.
Kesan anesthesia ini biasanya akan hilang sepenuhnya selepas 48 jam (berbanding kucing jantan yang hanya 24 jam). Dan dalam masa itu, kita akan melihat kucing itu seperti keliru, mabuk, tidak seperti yang kita kenali atau kadangkala muntah dan mengalami cirit-birit.
Sesetengahnya juga seakan hilang daya penglihatan dan sukar berjalan, ada juga yang tidak mengelipkan mata (titiskan ubat mata kedalamnya jika ini berlaku, minta dari vet).
Kesemua ini bergantung kepada jenis pelali yang diberikan atau umur kucing itu sendiri dan ia hanya kesan sementara sahaja dan tidak ada apa yang perlu dibimbangi.
Walaupun kucing berada dalam keadaan sebegitu, pastikan ianya tidak dalam kesakitan. Misalnya kelihatan begitu bersusah payah untuk duduk, atau berdiri, meraung panjang, atau meraung dengan suara kecil tapi panjang, berulang-ulang, atau lain-lain tanda (anda lebih mengenalinya).
Dia mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan keliru, tapi bukan menderita atau menahan sakit, jika ya, bawakan semula ke vet untuk diperiksa.
Ini semua mungkin kelihatan menakutkan, tetapi kebiasaannya ok-ok sahaja dan segalanya berjalan lancar. Kebanyakan kucing yang di spay juga sudah mampu berdiri dan makan seperti biasa keesokan paginya.

Berapa Lama Kucing di Spay Akan Sembuh?

Kucing betina akan sedar selepas pembedahan antar 4-5 jam dan pulih sepenuhnya dari kesan anesthesia dalam tempoh 48 jam. Luka pembedahan akan sembuh dalam tempoh 10-14 hari dan pada masa ini juga lawatan ke klinik dilakukan untuk membuang jahitan.

Apa Lagi Yang Saya Perlu Tahu?

Kucing betina boleh makan/minum seperti biasa selepas 2 hari. Jika dia kurang selera makan, mungkin ianya adalah kesan anesthesia sebelum itu dan tidak perlu dibimbangkan. Dapatkan nasihat doktor tentang pemakanannya selepas pembedahan.
Jangan mandikan kucing betina selama 2 minggu selepas pembedahan, walaupun lukanya sudah sembuh tapi risau kalau-kalau terkasar, lukanya akan terbuka kembali. Elakkan dari kucing terlalu aktif dalam tempoh 2 minggu ini, kurang kan bermain, melompat dan sebagainya.
Perhatikan juga isian kotak najis, jika ia jenis berdebu mungkin boleh tukar kepada kertas untuk sementara, kerana debunya boleh menyebabkan jangkitan pada luka.
Disebabkan spaying ini adalah pembedahan yang menyebabkan kucing tidak lagi dapat melahirkan anak, sesetengah daripada kita mahukan kucingnya merasai pengalaman melahir dan menjaga anaknya.
Jika anda berfikir begini, saya ada satu cadangan. Anda berkunjung ke pasar atau restoran, atau di mana-mana tempat yang banyak kucing terbuang, dan lihat sendiri apa yang berlaku kepada anak kucing yang dilahirkan tetapi tidak ada sesiapa yang mahu menjaganya.
Setiap kali anda melihat anak kucing di situ, katakan pada diri sendiri ,"Saya akan menjaganya". Selami hati anda, adakah kita jujur mengucapkannya selepas 5 ekor?
Saya cadangkan begitu, kerana dalam masa 2 tahun, kucing anda yang tidak dimandulkan akan mempunyai 16 ekor anak dan sekurang-kurang 8 ekor cucu. Dan apa yang kita lihat di pasar, kebiasaannya itulah bakal rumah barunya di masa hadapan, iaitu satu kesudahan yang menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.

KOS - brgntung kpd klinik2 yg anda pilih. 

Pemilihan makanan yg tepat utk c bulus anda

Makanan adalah perkara paling utama dalam penjagaan kucing. Makanan lebih utama berbanding memberi perhatian dan mencakar perabot! Makanan digunakan oleh sesetengah pemelihara untuk 'merasuah' kucing atau untuk mendapatkan perhatian kucing mereka. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan mempunyai kepentingan psikologi untuk kedua-dua kucing dan pemiliknya. Maka tidak hairanlah jika penjagaan terhadap makanan kucing ini diletakkan sebagai perkara yang mustahak.

Adakah terdapat formula tertentu untuk memberi kucing anda makan? Perlukah kita memberinya makanan dalam tin, atau kering, atau separa kering, atau kombinasi di antaranya? Perlukah kita risau dengan perasa/pewarna tiruan? Adakah kucing akan bosan dengan makanan yang sama tiap-tiap hari? Bolehkan anak kucing dan kucing memakan makanan yang sama? Berapa banyak makanan yang perlu dihidangkan? Kesemua soalan itu adalah penting tetapi malangnya jawapannya adalah tidak begitu jelas.

Setiap kali ke berkunjung ke pet shop atau mana-mana supermarket yang menjual makanan binatang peliharaan,aku akan ternganga melihatkan begitu banyak sekali pilihan yang ada. Sebenarnya kalau difikirkan, pasaran makanan binatang peliharaan adalah begitu besar dan berkembang.

Kita mungkin berfikir bahawa kucing adalah binatang yang makan hidangan yang sedikit dan kemudian mengulanginya sepanjang hari. Jika pemberian makanan tidak terkawal, kucing akan mempunyai berat badan berlebihan. Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan. Memberinya makan lebih dari setengah gelas sehari boleh menyebabkan obesiti.

Kebanyakan kucing indoor cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh. Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing.

Makanan diberi dua atau lebih hidangan sekali, dimana setiap kali hidangan dalam kuantiti kecil. Berikan sebahagiannya makanan dalam tin, sebahagian lagi kering, untuk mengawal kadar ambilan makanannya. Kaedah kedua adalah memberinya makanan dalam tin saiz kecil, dan sedikit makanan kering di antara waktu makan.

Jika kucing anda telah mengalami berat badan berlebihan, berjumpalah dengan veterinar dan minta pandangannya. Jangan sekali-sekali meletakkan kucing anda dalam program diet tanpa kawal selia oleh veterinar. Ini boleh menyebabkan keadaan hepatic lipidosis yang mengancam nyawa kucing anda. Kawal selia oleh veterinar terhadap penjagaan makanan bagi si comel yang mempunyai berat badan berlebihan adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

APA2 pn, buat ler pmilihan yg TRBAIK utk kcing anda d samping BUDGET yg mncukupi k.