CAT info

“Sejarah Kucing"

Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil.

Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Banyak mitos yang bertebaran disetiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yan terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja karena dianggap sebagai titisan dewa. Lain di Mesir lain pula di Eropa, di dataran ini kucing dianggap sebagai sihir setan atau pembawa bencana.

Pada masa abad kegelapan terjadi pemusnahan besar-besaran terhadap haiwan lucu ini, hingga menyebar ke Afrika Utara. Padahal, wabah yang oleh masyarakat saat itu dianggap sebagai kutukan adalah jenis penyakit pes yang diakibatkan oleh meledaknya populasi tikus dan penurunan populasi kucing sebagai Pemangsa.”



Antara breed kucing yang popular di negara kita adalah kucing Parsi atau Persian. Kucing Parsi merupakan peliharaan yang sangat istimewa. Bahagian mukanya ke dalam membuatkannya kelihatan sangat comel, dilengkapi dengan bulu panjang yang lembut beralun. Namun begitu, disebabkan dua perkara inilah juga kucing Parsi memerlukan penjagaan khas daripada pemiliknya.

Menjaga Bulu Kucing Parsi

Kucing Parsi tergolong di dalam kategori long-haired, dimana ia mempunyai double coat yang membentuk lapisan bulunya. Lapisan pertama adalah pendek, tebal dan padat manakala lapisan kedua pula lebih panjang, jarang dan lembut. Jika anda memelihara kucing Parsi, maka anda perlu menyikatnya setiap hari.

Ini kerana bulunya amat mudah berselirat, tergumpal dan memerangkap kotoran. Sepertimana kucing long-haired yang lain, kucing Parsi mudah membentuk mats yang terjadi akibat gumpalan bulu yang sudah gugur tetapi terperangkap di antara bulu yang sedang tumbuh. Gumpalan ini akan semakin membesar kerana ia menarik bulu-bulu lain dan ini akan menyebabkan kesakitan pada kulit kucing jika ditarik.

Gumpalan ini biasa terjadi pada kawasan yang sukar dicapai oleh kucing. Percayalah, kucing Parsi anda tidak akan mampu menjaga keseluruhan bulunya dan anda perlu membantu kucing anda dalam hal ini. Menyikat bulu kucing pada setiap hari dapat mencegah anda dari masalah yang lebih memakan masa dan menyakitkan pada masa akan datang
Antara kawasan yang biasa terjadinya gumpalan dan simpulan adalah ketiak, abdomen, belakang telinga, ekor, bahagian bawah ekor dan bahagian belakang kaki belakangnya. Walaupun ianya nampak remeh tetapi ingatlah bahawa gumpalan bulu ini biasanya terjadi hampir pada permukaan kulit. Bukan sahaja bulunya yang terperangkap di situ malah segala kekotoran dan kelembapan yang menyebabkan kulit mengalami ruam dan kepedihan. Untuk kes yang serius, anda mungkin perlu membawanya ke vet untuk dicukur keseluruhan bulunya.

Menyikat juga dapat mengurangkan bebola rambut atau hairball yang terkumpul di dalam perut. Bebola rambut ini merupakan bulu gugur yang terperangkap di dalam perut kucing semasa ia mengandam atau menjilat bulu-bulunya.

Sikat yang terbaik adalah dari jenis metal comb dengan giginya yang panjang, sesuai dengan bulu panjang yang dimiliki oleh kucing Parsi. Sesetengah kucing tidak menyukai sesi menyikat ini namun ia masih boleh diajar. Jika terlalu sukar dan kucing anda sentiasa melarikan diri, berikan makanan sebagai hadiah setelah selesai sesi menyikat. Sesi menyikat ini lebih mudah diajar pada anak kucing berbanding kucing dewasa. Jika semuanya berjalan lancar, kucing anda pasti akan mengiau keseronokan dan mula berbaring setiap kali melihat anda mengeluarkan sikatnya.

Memandikan Kucing Parsi

Kucing Parsi juga perlu dimandikan tetapi tidak perlulah sehingga tiap-tiap hari. Bergantung kepada keadaan, sekadar 3-4 hari sekali atau seminggu sekali pun sudah cukup. Ini adalah untuk menjaga kebersihan bulunya agar kekal sihat, bersih dan lembut terutamanya jika kucing anda berbulu putih.

Kebersihan Muka dan Telinga

Mata dan hidung kucing Parsi cenderung untuk menghasilkan sisa lebih dari kadar biasa berbanding kucing lain. Ini adalah kerana bentuk fizikal bahagian kepala kucing Parsi itu sendiri. Anda perlu mengawasi dan membersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain lembab.

Periksa juga bahagian dalam telinga jika ada lapisan yang berminyak. Lapisan berminyak itu adalah untuk memerangkap kotoran dan jika dibiarkan, kotoran dan habuk itu akan menjadi keras dan merimaskan kucing itu sendiri. Bersihkan telinganya dengan menggunakan putik kapas lembab.

Kucing Parsi Sesuai Sebagai Kucing Indoor

Selain itu, adalah baik untuk anda jadikan kucing Parsi anda sebagai kucing indoor. Ini disebabkan perwatakan kucing Parsi adalah lembut dan tidak suka bergaduh, dan mungkin akan dibuli oleh kucing-kucing lain di sekitar rumah. Malah bulunya juga amat mudah kotor dan memerangkap kotoran dan habuk jika anda membiarkannya di luar.

Namun begitu, untuk menjadikan kucing anda sebagai indoor, anda perlu memastikan kucing Parsi anda mempunyai banyak permainan, masa yang anda luangkan bersamanya, teman kucing yang lain dan tempat untuknya mencakar. Jika anda dapat menawarkan ini semua maka kucing Parsi anda akan menjadi kucing indoor yang gembira.

Anda juga mungkin perlu menyediakan tempatnya untuk berjemur. Kucing Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamanya pada waktu pagi. Meletakkan rak atau meja di tepi tingkap tertutup (lutsinar) pun sudah mencukupi untuknya bersantai di bawah cahaya matahari. Gunakanlah kreativiti anda untuk membolehkannya berjemur tanpa melepaskannya keluar dari rumah.

Berikan Kasih Sayang

Bukan sahaja kepada kucing Parsi malah apa sahaja jenis kucing yang anda miliki itu perlulah di beri kasih sayang dan perhatian yang cukup. Kucing Parsi adalah sangat rapat dengan tuannya dan akan tertekan jika anda tidak dapat meluangkan masa kepadanya. Kasih sayang yang anda berikan kepadanya pasti akan dibalas berganda-ganda.















Jumaat, 7 September 2012

KEKUASAAN maha PENCIPTA.

korg PRNAH tngok x kucing yg brtelinga 3 (cupingnya)....
ni ler 1st time aku brjumpa @ trjmpa dgn kucing yg brtelinga 3.
sebelum ni, kita slalu trdngar cite psal kucing yg brjari lbh..... tp pasti lom dgr tntng telinga kn?
oklah, ni aku postkn pic psal kucing brtlinga 3.


                                     korg perasan x telinganya????????????










ni ler pic2nya..... aku try2 mntk dgn ownernya, tp mmg ownernya x nk bgi n aku PHM snggt2 akn keUNIKAN CIPTAAN MAHA PENCIPTA.

KUCING prsinggahan

bru2 ni, aku trjmpa sekor kucing yg d buang oleh sape2 jew kt umh aku....
mula2nya, kcing ni x brani nk brgerak (jst duduk dlm pokok bunga) ttp dok brbunyi "meoow meoow meoow". cari pnya cri, bru aku trjmpa, tp KESIAN bila tngokkn keadaan fizikal kcing 2 coz kakinya PATAH.......
hajat d hati, nk jew amik n bawak pgi klinik..... tp lom smpat d amik, alih2 HILANG nth kew mna.
tp pd firasat aku, klau x de  d amik org kcing 2 x kn hilang skelip mata shja.....  kucing 2 x brjln jauh coz kakinya btul2 sakit (x brpijat d bumi) pn......... hehehehehe
ni ada ler 1 pic kucing 2 tp NIAT X KESAMPAIAN UTK MMBERI BNTUAN pd nya



ni ler pic kucing yg nk d selamatkn TTP X BRJAYA coz mnghilangkn diri.
KESIANKN pd kaki depannya...................................
 

HOPE SNGT2 KUCING NI SEHAT & KAKINYA PULIH SPERTI SEDIA KALA. amin
 


Khamis, 6 September 2012

PENANTIAN

akhirnya pd 5/9/12, "benda" yg d tnggu2 dh pn smpai...........
bila dpt jew information, aku brgegas ke nilai / salak tnggi utk mngmbil "benda" 2.
tp bila smpai jew kt VET DOC RAHIM, smbng pnya smbng....... "benda" 2 aku lupa (biar pn dh sparuh jln nk blik, tp aku pth blik utk mngmbilnya.
korg nk thu pe "benda" yg d mksudkn?????????
ni bndanya......................... hehehehe.

                                   certificate utk spasang ank2 bulus ku yg ini:



                                                                 
                                                           & yg ini





N tnggl 1 jew CERT yg lom dpt, yg 2 CERT IVY.........
so tnggu jew lah.









Rabu, 5 September 2012

IVY c black & white cat

sekor lgi ank bulus yg aku amik.
IVY yg d beri nma oleh owner lmanya, tp bila dpt jew kt aku nmanya pasti d tukarkn n nma baru IVY adalah IRNA.
aku bru jew amik IRNA ni, 1/9/12 aku amiknya d ampang dgn sorg BREEDER yg brjaya iaitu k.nin nmanya.
tp utk mndptkn IRNA x sng coz aku n cousin trpksa mngmbil msa yg lma utk smpai d umh owner IVY (biasa ler bila kli pertma drive ke AMPANG / KL)
dr 31/8 pkul 6pm aku brtolak n pkul 1am 1/9 bru aku brjaya ke rumah k.nin (al mklum ler kbtulan ari 2 ari kmerdekaan n jln sdikit jam)

tp pnat yg d rsai HILANG BILA MELIHAT kcomelan IVY d rumah tuannya.
JOM AKU TNJUKKN PIC2 YG SMPAT D SNAP D RUMAH OWNER LMA IVY @ IRNA wlaupun jam pd msa 2 dh mnunjukkn kol 3am. hehehehehehehehehe (ksian tuan umh, kna dok mlayan aku n cousin aku)

                                                           me & k.nin

                                                      my cousin & k.nin






bkn shja mmpunyai kucing2 yg CANTIK, owner IVY pn mmpunyai RUMAH YG MNARIK (mmg citarasa aku akn brgan2 antik) hihihihi............. trasa x nk blik n nk tdo kt umh k.nin jew msa.

:: MAAF ler & TQ pd k.nin @ saifuldin zainal & hubby atas kunjungan kita org d awal pgi, kira kunjungan beraya ler 2 utk k.nin n fmily.

                                         n ni plk pic bapak pd c IVY @ IRNA




                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        n ni plk pic MAK c IVY @ IRNA








                                                dan yg INILAH IVY @ IRNA








INI LEH SHJA UTK PTG NI, 2 sbb aku mls nk abiskn masa pd BLOG, klau dh ngadap MMG SMPAI PTG LER JWBNYA.
::OKLAH SMUA, doakn utk ksejahteraan & ksehatan ank2 bulus kita k. 
amin.

PANTHER my EXOTIC cat

PANTHER nma yg aku bg pd c idung penyek ni...........
PANTHER ni d beli pd 24/8

1 lgi kes mngenai PANTHER, ni pn aku "HANGIN  1 BDAN dgn owner @ breeder ni, kta / jnji mcm2 mngenai ank2 bulus yg d jualnya...

"Super healthy, big muscular body. Super duper "manja" & love to be pamper all the time. Thick tabby fur..

Diet on AIMS, canned food & given multi vitamins once a while..

Very clean, no problems at all. no ticks, fleas. no fungus & no health problem.

Comes with Medical Certificate."


HARAM, smuanya x serupa yg d jnji kn.....
dh dpt, aku tngok n mmg HANGIN lah coz KURUS, BRFUNGUS, BRKUTU & TELUR KUTUnya brsepah2.......
pekn daya, coz duit dh BANK IN kn, nk x nk trpaksa akur.

                                                pic BAPAK pd PANTHER      

                                  korg penah JUMPA X PIC kcing ni d intertnet?


klau ada, PLS BERHATI-HATI ler bila brurusan k.


                                                 pic MAK pd PANTHER



msa PANTHER dpt jew ke tngan aku, aku cll breeder ni, dia ckp dia x thu akn kutu / fungus YG ADO pd bdan kucing yg dia jualkn, sdangkn ayat ni "Very clean, no problems at all. no ticks, fleas. no fungus & no health problem.
"
mnunjukn TERSANGAT lah dia  ni MENIPU.
Lpas 2 siap ckp yg dia ADALAH BREEDER TRBESAR D NEGERI KELANTAN dlm EXOTIC & PERSIAN cat...... adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii HEBAT BTUL bila mndengarnya, tp aku x ler sbodoh 2 (x agak2) tp yg bodohnya aku X SERIK BLI  DLM ON9 hahahahahahahah.......
insyaALLAH akn ku jaga MAHKLUK ALLAH ini sbaik mungkin.


                                                     ni plk pic c PANTHER
 




        time ni PANTHER dh mula berisi badannya. berisi bkn ada baby tp gemok sdikit dr msa mula2 dpt.









n korg nilai ler sendri, BRBALOI @ X dgn duit yg d kuarkn (briban-riban) DGN PE YG KORG DPT.

msa mula2 breeder ni postkn pic PANTHER d internet, cmgni ler pic dia lbh krg.............

                                                 :: pic skdar HIASAN ::




aku BERHARAP sngt2 pd klian,  agar x TERTIPU sprti aku yg HATI BATU ni.  hehehehehehehehehe..........

LGI LGI N LGI......... kucing d rumah ku

ASSALAMUALAIKUM smua.....
adoiiiii dh lma jgk aku x mngarang d ruang ni mngenai ank2 bulus ku.
d cni aku nk MMPERKNALKN @ dlm bhasa org putih INTRODUCES ahli2 bru d rumah ku.

oklah, aku strt dgr "TAM" nma timangan dia k

                                            TAM (1 minggu dlm pnjgaan ku)

TAM ni aku beli pd 7/8 dgn breeder d MELAKA klau aku bgtau pd kalian, klian psti knal @ thu breeder ni coz slalu ada postnya d internet , msa mula2 dpt keadaanya x brape NK MEMUASKN pd mta aku, dr segi bulu, saiz bdan yg slim gila (bkn slim pn, sbnarnya kurus kering) hahahahahahahaha...........
tp pd aku, breeder ni mmg "brmulut manis" coz nk kn duit jew.... lpas 2 terus mnyepikn diri (aku try cll & msej brkali2 tp x de jwapan yg aku dpt).
buka pew, aku call & msej coz nk tntut jnji2nya, kata nk bgi 2 n ni msa bli... bila dh dpt duit snyap n yg pling aku "HANGIN 1 BADAN" bila nk dptkn pic mak n bapak c TAM ni pn x d bg nya.............




pelah sngtkn, klau mms pic nya @ pn emeil kn jew pd aku, 2 pn x ssh. tp HARAM, smpai ke ari ni aku x dpt pic2 mak & bapak c TAM ni. OK lah biarkn ler dia dgn kucing2 dia 2.
HOPE sngt ada yg x trkna mcm mna aku dh trkena.

SO korg tngok ler pic2 c TAM yg x sberapa ni (tp aku TTP SYG, mcm mna aku SYGKN ank2 bulus aku yg lain.



                                                    TAM dh mula tembam
 





Dan TAM skrg, lbh GEMOK dr yg msa mula2 aku amik............... puas ati aku bila tngok ank2 mmbesar BGAI JUARA..... hahahaha



  hehehehe...................... TAM ooo TAM, ko dh gemok tp selsema plk kn? dh d bg ubat pn lom baik2 (aku dh pn bwk p jmpa doc, n d suntik msuk ubt coz c TAM ni mmg jnis yg ssh nk buka mulut n telan ubt @ splment yg d bg x seperti ank2 bulus aku yg lain.

HOPE SANGAT TAM KO SEHAT N PNJNG UMOR, MNCERIAKN HARI2 KU, walau pn ko brbulu hitam. hehehe