Apa hukum memandulkan kucing?
Islam
adalah agama yang sempurna dan tidak ada suatu pun dalam kehidupan ini
yang tidak disentuh oleh Islam. Begitu juga dengan hal memandulkan /
neuter / spay / kembiri / kasi kucing peliharaan. Fatwa dan hukum yang
berkaitan telah lama ditetapkan oleh ulama seluruh dunia.
Saya bukan pakar dalam penentuan hukum agama, tetapi saya hanya mengguna pakai apa yang telah ditentukan oleh ulama.
Sudah
tentu mereka telah merujuk kepada nas-nas yang jelas sebelum membuat
keputusan mengenainya. Saya harap kiriman ini akan dapat memberikan
penjelasan bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenainya.
Khilaf di kalangan Ulama
Pertamanya,
terdapat khilaf atau perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam hal
binatang peliharaan. Jika ianya binatang ternakan, kebanyakan ulama
berpendapat ianya adalah harus untuk mengkasikannya. Bagi binatang
peliharaan, ada yang menegah (atas sebab-sebab tertentu), namun ada juga
yang membenarkannya, iaitu dari pendapat Imam Hanafi (juga atas
sebab-sebab tertentu).
Maka kita boleh bertaklid kepada pendapat
yang membenarkan perbuatan mengembiri kucing peliharaan, atas sebab
menjaga hubungan baik dengan jiran serta kesihatan kucing, dengan syarat
pembedahan itu tidak akan membahayakan nyawa kucing itu sendiri.
Pernyataan
di atas adalah kesimpulan yang boleh diperolehi di IslamOnline.com,
pada pautan itu juga anda boleh melihat perbezaan pendapat dikalangan
ulama dalam pelbagai mazhab.
Therefore, we
say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will
not cause its death, then it is permissible.
Dipetik dari IslamOnline.com
Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan
Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa
mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya
adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga
muslahat ummah.
All pets like cats and dogs
are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and
welfare of both the animals and the community.
After
studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical
viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of
'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way)
Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com
Tapi Masih Ada Yang Kata Haram?
Memanglah,
kan telah diterangkan tadi bahawa ada pendapat yang mengharuskannya,
dan ada juga yang mengharamkannya. Jika ada terdengar ustaz yang berkata
ianya adalah haram, maka fahamlah bahawa dia bertaklid kepada pendapat
yang mengatakan ianya adalah haram.
Tetapi haram di sini
bukanlah mutlak untuk semua orang, kerana terdapat khilaf dikalangan
ulama. Ia bukanlah ijma' ulama atau sepakat dikalangan ulama.
Jika
anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan ianya haram, tidak
mengapa. Tetapi anda tetap perlu menjaga hak jiran anda. Jangan pula
jika jiran anda bertanya kenapa tidak dimandulkan kucing jantan itu
(kerana kucing anda kencing pada pasu bunganya), anda hanya pandai
menjawab, "HARAM!". Anda tetap wajib membasuh kesan kencing itu sehingga hilang. Dan percayalah, kucing jantan yang tidak dimandulkan, pasti akan kencing untuk menanda kawasannya.
Cumanya,
dalam suasana di Malaysia ini anda lihatlah sendiri keupayaan kita
untuk menjaga kucing masing-masing. Besar sangatkah rumah di Malaysia
ini? Kucing memerlukan 3 blok rumah sebagai sempadan minimum untuk
kawasannya. Mana nak cari? Melainkan kawasan rumah anda sememangnya
sangat luas dan confirm perlakuan kucing anda tidak akan mengganggu jiran.
Saya
harap anda telah jelas dengan masalah ini. Kesimpulannya adalah, hukum
mengembiri binatang peliharaan (termasuk kucing) adalah harus, bukan
untuk memuaskan hati anda, tetapi untuk menjaga hubungan baik dengan
jiran, kesihatan kucing serta manfaat lain, selagi mana pembedahan itu
tidak membahayakan nyawa kucing itu
UTK KUCING JANTAN
Cara terbaik untuk mengawal jumlah pembiakan kucing adalah dengan
mengkasikan kucing jantan anda. Tetapi ianya hanya efektif jika kucing
betina juga dimandulkan kerana jika tidak, akan ada kucing jantan lain
menaikinya.
Telah dibincangkan sebelum ini
hukum memandulkan kucing dan adakah benar ianya
zalim atau menindas. Hampir tidak ada sebab mengapa kita tidak melakukannya, melainkan jika anda seorang
breeder.
Apa itu Neuter?
Neuter atau
Orchidectomy
adalah pembedahan dimana kedua-dua testikel akan di buang. Pembedahan
ini tidak begitu sukar dan lukanya tidak dalam, malah kucing boleh balik
ke rumah pada hari yang sama.
Dengan
membuang testikel, hormon testosteron tidak akan dihasilkan oleh badan
kucing. Testosteron ini lah yang memberi sifat & kelakuan berikut:
- Bau tengik dan hancing pada air kencing kucing jantan.
- Kerangka muka yang menonjol dan lebar.
- Kulit yang lebih tebal.
- Aktif mempertahankan sempadan kawasan.
- Menanda kawasan dengan kencing/spraying merata-rata.
- Bersikap agresif, cenderung untuk bergaduh dengan kucing lain.
- Cenderung untuk merayau jauh dari rumah.
Ramai yang merungut dengan situasi kucing jantannya kencing di sana-sini. Jawapannya adalah neuter menyelesaikan masalah ini 80-90%. Kelakuan spraying adalah sifat menanda kawasan, selagi kucing tidak dineuter, selagi itulah dia akan spray.
Masalah-masalah
yang disenaraikan, termasuk beberapa lagi akan selesai atau berkurang
secara mendadak jika kita melakukan neuter. Ia turut menghalang penyakit
kanser testikel dan risiko menghadapi masalah prostat juga akan
berkurang.
Adakah Neuter Akan Mengubah Personaliti Kucing?
Tidak,
melainkan mengurangkan kecenderungannya untuk merayau jauh, seksual,
perilaku agresif dan sempadan kawasan melalui kencing. Kucing akan
menjadi lebih dekat dengan tuannya dan suka ditemani manusia, kurang
merayau jauh atau terlibat dalam pergaduhan.
Neuter tidak akan mengubah sifat memburu kucing anda. Manfaat dari neuter
tidak lah dapat dilihat serta-merta, jika anak kucing yang belum matang
di neuter mungkin anda melihat tidak ada apa-apa perubahan.Tetapi ini
dapat menghalang masalah perilaku dan bau yang kurang menyenangkan di
masa hadapan.
Jika kucing anda telah baligh dan anda neuter
kannya, ubahan perilaku dan bau dapat dilihat dalam beberapa minggu
disebabkan tahap testosterone masih ada, dan berkurang sedikit demi
sedikit.
Bila Perlu Di Neuter
Secara amnya, pada umur 6 bulan,
sebelum kucing mencapai kematangan seksual. Pada peringkat ini, kucing
telah matang dari segi fizikalnya, iaitu tumbesaran dan struktur
tulangnya telah lengkap.
Tetapi ada juga yang melakukannya seawal umur 8 minggu
dan ini masih lagi selamat dan tidak memberi kesan pada jangka masa
panjang. Kebanyakan klinik akan merawat kucing sebagai pesakit luar,
iaitu kita bawa kucing pada pagi, dibedah dan pulang pada hari yang
sama.
Apa Yang Perlu Di buat Sebelum & Selepas Neuter?
Setelah
temujanji telah dibuat, kucing perlu di puasa kan terlebih dahulu lebih
kurang 8-10 jam sebelum di bedah. Biasanya pembedahan dilakukan pada
waktu pagi, bermakna kucing tidak boleh diberi makan selepas pukul 9-10
malam (hari sebelumnya).
Pembedahan ini dilakukan dengan pelali
anesthesia,
dan perut yang berisi makanan boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas
semasa dibius. Prosedurnya ringkas sahaja, sekitar 10 – 15 minit dan
mungkin tidak melibatkan jahitan.
Penjagaan selepas pembedahan
juga ringkas, hanya pastikan luka itu tidak bernanah,berikan ubat
penahan sakit yang dibekalkan oleh vet dan seelok-eloknya dikurung
sehingga sembuh lukanya. Jika tidak dikurung pun tak mengapa, namun
biasanya kucing cenderung untuk mengheret 'telurnya' itu ke karpet atau
kain kerana tidak selesa dengan luka tersebut. Dan ini akan meninggalkan
kesan darah pula pada kawasan rumah.
Lawatan ke klinik selepas
pembedahan juga tidak perlu, dalam kebanyakan kes. Tapi pastikan anda
menerima ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi dari klinik.
Pastikan juga anda mendapat penerangan dari doktor tentang apa-apa
penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan sebelum dan selepas
pembedahan.
Disebabkan proses neuter ini
melibatkan testikelnya dibuang, dan lukanya dibiarkan terbuka, maka kita
perlulah memantau keadaan luka tersebut setiap hari. Jika luka itu
kelihatan keluar darah, membengkak atau bernanah, kucing itu perlu di
bawa semula ke vet seberapa segera.
Cuba cegah kucing anda dari
menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila
dijilat, luka itu akan kembali terbuka). Cara paling mudah ialah alihkan
tumpuannya dengan memberikan makanan snek.
Dan jangan lupa ambil nombor telefon vet anda, sebagai langkah berjaga-jaga dalam tajuk di bawah ini.
Kesan Sampingan Anesthesia
Walaupun pembedahan neuter hanya 10 minit, tetapi kucing hanya sedar dari kesan pelali anesthesia
selepas 4-5 jam (atau mungkin lebih). Biasanya doktor akan minta supaya
kita tunggu sehingga kucing sedar dahulu sebelum di bawa pulang, kerana
itulah prosedur ini kelihatan seperti mengambil masa lama.
Kesan anesthesia
ini biasanya akan hilang sepenuhnya selepas 24 jam. Dan dalam masa itu,
kita akan melihat kucing itu seperti keliru, mabuk, tidak seperti yang
kita kenali atau kadangkala muntah dan mengalami cirit-birit.
Sesetengahnya
juga seakan hilang daya penglihatan dan sukar berjalan, ada juga yang
tidak mengelipkan mata (titiskan ubat mata kedalamnya jika ini berlaku,
minta dari vet).
Kesemua ini bergantung kepada jenis pelali
yang diberikan atau umur kucing itu sendiri dan ia hanya kesan sementara
sahaja dan tidak ada apa yang perlu dibimbangi.
Walaupun kucing berada dalam keadaan sebegitu, pastikan ianya tidak dalam kesakitan.
Misalnya kelihatan begitu bersusah payah untuk duduk, atau berdiri,
meraung panjang, atau meraung dengan suara kecil tapi panjang,
berulang-ulang, atau lain-lain tanda (anda lebih mengenalinya).
Dia
mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan keliru, tapi bukan menderita
atau menahan sakit, jika ya, bawakan semula ke vet untuk diperiksa.
Ini semua mungkin kelihatan menakutkan, tetapi kebiasaannya ok-ok sahaja dan segalanya berjalan lancar.
Berapa Lama Kucing di Neuter Akan Sembuh?
Ada
yang hanya mengambil masa 1 hari sahaja, ada yang 2-3 hari, paling lama
pun 10 hari (jarang-jarang). Dalam masa sebulan, bulu di sekitar luka
itu akan tumbuh semula dan kita tidak akan perasan pun kucing itu telah
menjalani pembedahan.
Apa Lagi Yang Saya Perlu Tahu?
Kucing boleh makan/minum seperti biasa selepas 1 hari. Jika dia kurang selera makan, mungkin ianya adalah kesan anesthesia sebelum itu dan tidak perlu dibimbangkan. Dapatkan nasihat doktor tentang pemakanannya selepas pembedahan.
Saya
syorkan agar kucing tidak dimandikan selama 2 minggu selepas
pembedahan, walaupun lukanya sudah sembuh tapi risau kalau-kalau
terkasar, lukanya akan terbuka kembali. Elakkan dari kucing terlalu
aktif dalam tempoh 2 minggu ini, kurang kan bermain, melompat dan
sebagainya.
Perhatikan juga isian kotak najis, jika ia jenis
berdebu mungkin boleh tukar kepada kertas untuk sementara, kerana
debunya boleh menyebabkan jangkitan pada luka.
UTK KUCING BETINA
Sepertimana kucing jantan, kucing betina juga seeloknya di mandulkan atau
spay.
Penjagaan kucing sebelum dan selepas pembedahan adalah hampir sama
seperti kucing jantan yang di neuter, jadi kebanyakan kandungan kiriman
ini saya hanya salin sahaja dari kiriman sebelumnya.
Apa itu Spay?
Spaying atau
Ovariohysterectomy
adalah pembedahan dimana bahagian uterus, tiub fallopio dan ovari
kucing betina akan dibuang. Kebanyakan vet melakukan spaying ke atas
kucing sebagai pesakit luar, iaitu kita bawa kucing, di bedah dan pulang
pada hari yang sama.
Kucing akan diletakkan dalam keadaan bius,
biasanya secara gas, dan bahagian perut (abdomen) akan dibedah.
Bahagian rahimnya akan dibuang dan luka pembedahan akan dijahit.
Jahitan
itu samada tertanggal sendiri atau anda perlu membawa kucing anda
kembali ke klinik untuk dibuang jahitan selepas lebih kurang 10 hari,
bergantung kepada pertimbangan doktor itu sendiri.
Apa Kelebihan Spay?
Spaying akan menghalang kucing betina mengalami kitar heat
dan menyelesaikan masalah kerumitan pada bahagian ovari, pembiakan
tidak terkawal, jangkitan uterus, dan masalah perilaku yang berlaku
semasa tempoh mengawan.
Ini juga dapat mengurangkan tekanan yang dialami kucing betina (dan juga anda!) terhadap kerumitan yang dilalui semasa heat.
Selain dari masalah perilaku yang berlaku, kucing betina yang 'ghairah'
juga mungkin akan menjilat bulunya secara keterlaluan, hilang selera
makan dan kencing di luar kotak najis.
Kucing adalah haiwan yang 'cepat beranak' dan spaying
menghalang dari berlakunya pembiakan tak terkawal. Seekor kucing
melahirkan 3-4 ekor anak, dan dalam beberapa bulan dia akan mengandung
lagi, dan melahirkan beberapa ekor anak lagi.
Dalam masa yang
sama anak-anaknya akan dewasa, dan yang betina akan baligh dan
melahirkan anak mereka pula. Adakah kita mampu untuk menjaganya?
Makanan, tempat tinggal, ubatan dan tidak lupa juga hubungan di antara
jiran-jiran (kencing pada tayar kereta jiran, berak pada tangga rumah
jiran)?
Janganlah terlalu mudah mengatakan ini semua adalah menzalimi kucing.
Dari segi kesihatan, spaying dapat mengurangkan risiko kanser payudara, jangkitan uterus dan penyakit berjangkit yang dipindahkan melalui hubungan seksual.
Spaying, sepertimana neuter,
akan menjadikan kucing lebih tenang dan tidak merayau jauh, kurang
agresif dan tidak begitu mempertahankan kawasannya. Kucing yang di spay
akan menjadi teman yang baik kerana lebih suka mendampingi tuannya.
Adakah Spay Akan Mengubah Personaliti Kucing?
Tidak,
malah menjadikannya lebih tenang dan tidak terganggu serta menganggu
anda setiap kali melalui tempoh mengawan beberapa kali setahun.
Anda tidak akan mengalami masalah kucing betina memancutkan kencingnya merata-rata (ya, kucing betina juga spray semasa dalam heat), dan lain-lain perilaku yang muncul semasa tempoh mengawan.
Spaying
juga tidak akan menghapuskan naluri memburunya, dan tidak akan
menjadikannya gemuk atau malas. Ini hanyalah mitos sahaja. Memang benar
metabolisme kucing akan menurun jika di spay, tetapi ramai yang
terlepas pandang bahawa semasa kucing matang, pengambilan makanan perlu
dikurangkan tidak seperti semasa dia masih kecil.
Spaying
tidak boleh disalahkan dalam hal kegemukan oleh kerana kita memberinya
makan lebih dari keperluan kucing itu sendiri. Berkenaan dengan malas,
tidak ada kena-mengena dengan spaying.
Malas, boleh
jadi kerana kurang senaman, iaitu masa bermain dimana masih ramai
pemilik kucing yang mengabaikan masa bermain ini. Akhirnya menyebabkan kucing menjadi bosan.
Bila Perlu Spay?
Sebaik-baiknya, kita melakukan spay ini sebelum kucing mengalami kitar heat nya yang pertama (lebih kurang umur 6 bulan). Tidak ada manfaat membiarkan kucing betina mengalami kitar heat pertama , apatah lagi jika membiarkan dia mengandung untuk pertama kali sebelum spay.
Malah risiko kanser payudara juga akan meningkat jika kita membiarkannya melalui beberapa kitar heat sebelum dilakukan spay. Tetapi banyak manfaatnya jika kita memandulkannya sebelum kucing mengalami heat.
Selain itu, jika dilakukan sebelum matang, operasi pembedahan juga menjadi lebih mudah dan kurang rumit.
Apa Yang Perlu Buat Sebelum dan Selepas Spay?
Sama juga seperti
neuter,
puasakan kucing anda lebih kurang 10 jam sebelum pembedahan kerana
perut yang berisi makanan mengundang masalah semasa pembedahan.
Jika
semuanya OK, tidak ada masalah melakukan pembedahan semasa di bius.
Jika ada, biasanya disebabkan oleh masalah kesihatan sedia ada atau
teknik pembedahan yang tidak memuaskan. Ini adalah faktor yang perlu
difikirkan jika anda sedang memilih klinik mana mahu dipilih.
Proses
pembedahan biasanya mengambil masa antara 20-30 minit dan boleh di bawa
pulang pada sebelah petang. Lawatan ke klinik selepas pembedahan
biasanya hanya untuk mengeluarkan benang jahitan.
Luka dari
pembedahan spay adalah lebih dalam berbanding neuter, maka kaedah
penjagaannya juga memerlukan lebih perhatian. Berbeza dengan kucing
jantan, adalah amat penting untuk kita mengurung kucing betina dalam
tempoh ini.
Alaskan sangkarnya dengan kain
lembut atau sekurang-kurangnya suratkhabar. Pastikan keadaan sangkarnya
sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan pada luka. Letakkan sangkar
ini pada lokasi yang tidak bising, redup atau gelap. Jauhkan dari
kanak-kanak dan bunyi bising.
Periksa jahitan lukanya sekali
sehari dan pastikan ianya tidak bernanah, membengkak, darah mengalir
atau mengeluarkan bau busuk. Jika ya, bawanya ke vet secepat mungkin.
Pastikan anda menerima ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi
dari klinik.
Pastikan juga anda mendapat penerangan dari doktor
tentang apa-apa penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan
sebelum dan selepas pembedahan.
Cuba cegah kucing anda dari
menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila
dijilat, luka itu akan kembali terbuka). Cara paling mudah ialah alihkan
tumpuannya dengan memberikan makanan snek.
Dan jangan lupa ambil nombor telefon vet anda, sebagai langkah berjaga-jaga dalam tajuk di bawah ini.
Kesan Sampingan Anesthesia
Walaupun pembedahan spay hanya 30 minit, tetapi kucing hanya sedar dari kesan pelali anesthesia
selepas 4-5 jam (atau mungkin lebih). Biasanya doktor akan minta supaya
kita tunggu sehingga kucing sedar dahulu sebelum di bawa pulang, kerana
itulah prosedur ini kelihatan seperti mengambil masa lama.
Kesan anesthesia
ini biasanya akan hilang sepenuhnya selepas 48 jam (berbanding kucing
jantan yang hanya 24 jam). Dan dalam masa itu, kita akan melihat kucing
itu seperti keliru, mabuk, tidak seperti yang kita kenali atau
kadangkala muntah dan mengalami cirit-birit.
Sesetengahnya juga
seakan hilang daya penglihatan dan sukar berjalan, ada juga yang tidak
mengelipkan mata (titiskan ubat mata kedalamnya jika ini berlaku, minta
dari vet).
Kesemua ini bergantung kepada jenis pelali yang
diberikan atau umur kucing itu sendiri dan ia hanya kesan sementara
sahaja dan tidak ada apa yang perlu dibimbangi.
Walaupun kucing berada dalam keadaan sebegitu, pastikan ianya tidak dalam kesakitan.
Misalnya kelihatan begitu bersusah payah untuk duduk, atau berdiri,
meraung panjang, atau meraung dengan suara kecil tapi panjang,
berulang-ulang, atau lain-lain tanda (anda lebih mengenalinya).
Dia
mungkin menunjukkan rasa tidak selesa dan keliru, tapi bukan menderita
atau menahan sakit, jika ya, bawakan semula ke vet untuk diperiksa.
Ini
semua mungkin kelihatan menakutkan, tetapi kebiasaannya ok-ok sahaja
dan segalanya berjalan lancar. Kebanyakan kucing yang di spay juga sudah
mampu berdiri dan makan seperti biasa keesokan paginya.
Berapa Lama Kucing di Spay Akan Sembuh?
Kucing
betina akan sedar selepas pembedahan antar 4-5 jam dan pulih sepenuhnya
dari kesan anesthesia dalam tempoh 48 jam. Luka pembedahan akan sembuh
dalam tempoh 10-14 hari dan pada masa ini juga lawatan ke klinik
dilakukan untuk membuang jahitan.
Apa Lagi Yang Saya Perlu Tahu?
Kucing betina boleh makan/minum seperti biasa selepas 2 hari. Jika dia kurang selera makan, mungkin ianya adalah kesan anesthesia sebelum itu dan tidak perlu dibimbangkan. Dapatkan nasihat doktor tentang pemakanannya selepas pembedahan.
Jangan
mandikan kucing betina selama 2 minggu selepas pembedahan, walaupun
lukanya sudah sembuh tapi risau kalau-kalau terkasar, lukanya akan
terbuka kembali. Elakkan dari kucing terlalu aktif dalam tempoh 2 minggu
ini, kurang kan bermain, melompat dan sebagainya.
Perhatikan
juga isian kotak najis, jika ia jenis berdebu mungkin boleh tukar kepada
kertas untuk sementara, kerana debunya boleh menyebabkan jangkitan pada
luka.
Disebabkan spaying ini adalah pembedahan yang
menyebabkan kucing tidak lagi dapat melahirkan anak, sesetengah daripada
kita mahukan kucingnya merasai pengalaman melahir dan menjaga anaknya.
Jika
anda berfikir begini, saya ada satu cadangan. Anda berkunjung ke pasar
atau restoran, atau di mana-mana tempat yang banyak kucing terbuang, dan
lihat sendiri apa yang berlaku kepada anak kucing yang dilahirkan
tetapi tidak ada sesiapa yang mahu menjaganya.
Setiap kali anda
melihat anak kucing di situ, katakan pada diri sendiri ,"Saya akan
menjaganya". Selami hati anda, adakah kita jujur mengucapkannya selepas 5
ekor?
Saya cadangkan begitu, kerana dalam masa 2 tahun, kucing
anda yang tidak dimandulkan akan mempunyai 16 ekor anak dan
sekurang-kurang 8 ekor cucu. Dan apa yang kita lihat di pasar,
kebiasaannya itulah bakal rumah barunya di masa hadapan, iaitu satu
kesudahan yang menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku.
KOS - brgntung kpd klinik2 yg anda pilih.